Terma Penggunaan

1.    Pengakuan dan Penerimaan Terma

Laman web ini dimiliki dan dioperasikan oleh Elken Sdn. Bhd. (“Elken”). Penggunaan laman web ini terkawal oleh Terma-terma yang dinyatakan di sini serta Polisi Keperibadian yang boleh dilihat di http://www.elken.com/bm/our-privacy-policy. Terma-terma ini mungkin akan dipinda atau diedit dari masa ke masa tanpa notis terlebih dahulu. ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA TERMA-TERMA INI DENGAN TELITI. DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN SEBARANG MUKA SURAT DI DALAM, ANDA BERSETUJU TANPA SYARAT UNTUK MENURUTI TERMA-TERMA BERIKUT. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU, SILA JANGAN AKSES LAMAN WEB INI ATAU SEBARANG MUKA SURAT DI DALAM. Penggunaan berterusan anda pada laman web ini melambangkan persetujuan anda terhadap semua Terma yang ditetapkan di sini dan sebarang pindaan lanjutan yang mungkin dilakukan oleh Elken dari masa ke masa.

2.    Pengawalan Undang-undang

Penggunaan laman web ini dan sebarang muka surat kandungannya akan dikawal dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia dan anda akan terserah kepada penguatkuasaan mahkamah Malaysia.

3.    Penggunaan Antarabangsa

Laman web ini dikawal dan ditawarkan oleh kemudahan Elken di Malaysia sahaja. Tiada pewakilan bahawa laman web ini adalah sesuai dan/atau boleh digunakan di lokasi lain. Jika anda mengakses laman web ini di perundangan lain, anda melakukannya pada kemahuan anda sendiri dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang dan regulasi tempatan, kebangsaan dan antarabangsa yang tertentu berhubung kait dengan bimbingan dalam talian, kandungan internet dan penghantaran khusus data teknikal yang dieksport dari negara penetapan anda.

4.    Penggunaan Cadangan

Laman web ini adalah untuk penggunaan yang bertujuan pendidikan dan komersial, jadi ia tidak dicadangkan untuk mereka yang di bawah usia 13 tahun. Jika anda berusia kurang daripada 13 tahun, anda harus mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga atau seorang dewasa yang bertanggungjawab untuk menggunakan laman web ini.

5.    Penafian dan Limitasi Liabiliti

Informasi, produk dan perkhidmatan yang terkandung dalam laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan atau ralat penaipan/grafik. Perubahan akan ditambah secara berskala kepada informasi dan kandungan berkenaan. Elken berhak pada sebarang masa dan atas budi bicaranya sendiri, dengan adanya notis atau tidak, untuk mengehadkan, menambah, meminda atau mengeluarkan seluruh atau sebahagian Terma dan Polisi Keperibadian ini. Sebarang nasihat, penempatan produk, testimonial dan/atau sokongan yang terkandung di dalam laman web ini tidak harus menggantikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan profesional dan anda seharusnya mendapatkan khidmat nasihat seorang pakar berdikari, doktor atau pegawai perubatan/pakar yang sesuai untuk nasihat spesifik berkenaan kesihatan, kesejahteraan, perihal, tuntutan atau keperluan anda. Jangan melengahkan rawatan atau nasihat pakar hanya kerana sebarang maklumat yang anda baca dalam laman web ini. Jika anda rasa anda mungkin menghadapi kecemasan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera.

Informasi dan/atau material dibekalkan kepada anda atas dasar “sepertimana”, dan “seperti yang boleh didapati”. Elken tidak mewakili atau memberikan jaminan, sama ada melafazkan atau menyifatkan, tentang kelengkapan, kebolehpercayaan, ketepatan, kesesuaian, ketepatan pada masa informasi, penyataan, kandungan, material, grafik yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang terkandung di sini. Elken akan berusaha tetapi tidak wajib untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan, ralat, pengabaian atau ralat penaipan/grafik pada informasi yang diletakkan dalam laman web ini, dan informasi berkenaan termasuk informasi tentang harga dan kebolehdapatan barangan mungkin akan diubah, dipinda atau dikemaskini tanpa notis terlebih dahulu.

Elken tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang pengaksesan tidak berautoriti atau pengubahan sebarang material atau data yang dihantar atau diterima atau tidak dihantar atau terima, atau sebarang transaksi yang memasuki atau melalui laman web ini. Elken tidak akan bertanggungjawab atau berkewajipan atas sebarang ancaman, fitnah, kelucahan, kejijikan atau kandungan yang haram sebarang pihak yang lain atau sebarang pelanggaran hak pihak lain, termasuk hak milik harta keintelektualan. Elken tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kandungan yang dihantar menggunakan laman web ini oleh pihak ketiga.

Semua maklumat yang ternyata di sini tidak berniat untuk mendiagnosis, merawat, memulih atau menggantikan nasihat pakar perubatan (yang berkelayakan)  Semua ujian dijalankan atas dasar persampelan percubaan tertutup dan pengguna yang berbeza mungkin akan mengalami reaksi dan manfaat yang berbeza. Semua maklumat adalah tepat pada masa penerbitan dan kekal sebagai kepunyaan Elken Sdn Bhd. Setiap langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil demi memastikan ketepatan maklumat dan syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ralat, ketidaktepatan dan/atau pengabaian terhadap maklumat atau pandangan atau pendapat yang dihuraikan. Sehingga pelanjutan maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, kecuali yang dinyatakan selain itu, Elken di sini menafikan semua pewakilan dan jaminan dalam sebarang bentuk, sama ada yang dilafazkan atau disifatkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pewakilan atau perlafazan pandangan oleh pengguna, kebolehdagangan produk atau ketegapan untuk satu tujuan tertentu, ketidaklanggaran pada harta intelektual atau hak pemilikan yang lain. Sebagai tambahan, Elken tidak menjamin atau memberikan sebarang pewakilan berkenaan keselamatan akaun atau bahawa laman web ini adalah bebas daripada material pemusnah, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, penceroboh komputer atau kerosakan teknikal yang lain atau yang mengakses kepada laman web ini akan sentiasa dapat mengakses secara penuh, tanpa gangguan atau bebas-ralat.

Elken dan syarikat yang berkaitan atau bergabungan, pengarah-pengarah atau pekerja-pekerja tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau perbelanjaan, kerosakan termasuk, tanpa limitasi, secara langsung atau tidak langsung, khusus, kejadian atau kehilangan langsung keuntungan, ganti rugi atau sebarang contoh yang timbul atau berkaitan dengan:-

  1. Penggunaan atau persembahan laman web ini, penangguhan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web ini oleh sebarang pihak; dan/atau
  2. Peruntukan atau kegagalan untuk membekalkan perkhidmatan atau sebarang informasi, produk, servis dan grafik berkaitan yang diperoleh melalui laman web ini atau selainnya sama ada berdasarkan kontrak, tort, liabiliti tegas atau yang lain; dan/atau
  3. Sebarang kegagalan, ralat, pengabaian, gangguan, kecacatan, penangguhan dalam penghantaran data; dan/atau
  4. Sebarang kegagalan talian atau sistem atau pengenalan kepada suatu virus komputer atau kerosakan teknikal yang lain, walau jika Elken dan/atau pekerja atau wakilnya telah dinasihati tentang kebarangkalian atau kemungkinan atas kerosakan, kehilangan atau perbelanjaan.

Jika sebarang peruntukan yang terkandung dalam Terma-terma ini didapati tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan untuk sebarang alasan oleh satu mahkamah penguatkuasa yang cekap, ketidaksahan atau ketidakkuatkuasaan tersebut tidak akan mempengaruhi kesahan atau penguatkuasaan peruntukan yang selainnya dalam Terma-terma ini dalam sebarang cara. Sebarang pengecualian oleh Elken untuk menegaskan atau menguatkuasakan persembahan tegas sebarang Terma atau peruntukan yang terkandung di sini atau yang lainnya tidak akan ditafsir sebagai pengecualian sebarang percanggahan berterusan atau sebarang percanggahan sebarang Terma, peruntukan atau hak.

6.    Hak Milik Keintelektualan

Selain dinyatakan, Elken pada setiap masa memiliki kandungan laman web ini, termasuk tanpa limitasi, reka bentuk laman web, teks, grafik, peranti, foto, bunyi, muzik, video dan ciri-ciri interaktif dan oleh itu boleh menggunakan undang-undang, hak milik, tanda perdagangan, paten, rahsia perdagangan dan lain-lain undang-undang dan regulasi harta-benda keintelektualan untuk melindungi hak miliknya.
Selain yang dinyatakan di sini, tiada sebarang kandungan yang boleh disalin, dimuat turun, dipaparkan, dikirimkan, dihantar, digunakan atau dihasilkan semula dalam keseluruhan atau sebahagian, dalam sebarang bentuk atau sebarang alasan untuk sebarang tujuan, selain mendapat persetujuan daripada Elken terlebih dahulu.

7.    Tanda Perdagangan

Semua nama perdagangan, nama domain, nama jenama, simbol perdagangan, logo, slogan, tanda perdagangan atau tanda perkhidmatan yang mengandungi nama ELKEN adalah milik mutlak Elken. Terdapat nama perdagangan, nama jenama, simbol perdagangan, logo, slogan, tanda perdagangan, tanda perkhidmatan, nama syarikat yang lain dalam laman web ini yang merupakan milik pemilik tertentu.

Tambahan, wajah dan perasaan terhadap laman web, termasuk semua tajuk muka surat, grafik khusus, ikon butang dan skrip adalah tanda perkhidmatan, tanda perdagangan dan/atau pakaian perdagangan Elken dan tidak harus disalin, ditiru atau digunakan, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis daripada Elken terlebih dahulu.

8.    Sambungan

Laman web ini mungkin mengandungi beberapa sambungan kepada laman Internet yang lain termasuk, tanpa limitasi, laman lain yang mungkin membekalkan nasihat atau barangan dan perkhidmatan yang lain, yang mana dioperasikan oleh pedagang pihak ketiga. Dengan menggunakan sambungan ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa Elken tidak menyokong dan tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan, pandangan yang dilafazkan, perkhidmatan yang dibekalkan, barangan yang dijual atau sambungan lain yang dibekalkan oleh laman pihak ketiga ini. Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa Elken tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kecederaan yang terjadi sama ada secara langsung atau tidak langsung atas penggunaan atau kebergantungan pada sebarang laman sambungan. Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan laman-laman ini, anda harus mengemukakannya terus dengan pentadbir laman berkenaan.
Anda dibenarkan untuk bersambung kepada material yang terdapat dalam laman web pihak ketiga ini, tetapi ia secara tegas untuk tujuan peribadi dan tidak bersifat komersial. Anda boleh memetik kandungan yang tertulis pada laman web ke laman web anda sendiri dengan syarat anda merangkumkan satu sambungan ketara kembali kepada laman web ini pada muka surat yang mengandungi petikan berkenaan.

9.    Resolusi Pertikaian

Sebarang pertikaian, tuntutan atau kontroversi yang timbul atau yang berkaitan dengan Terma-terma ini atau laman web ini, yang mana tidak dapat diselesaikan secara mesra melalui perundingan akan dirujuk kepada dan diselesaikan dengan pengantaraan. Hanya jika pihak-pihak terlibat gagal berkompromi dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis ditulis tentang pertikaian, baru pertikaian, tuntutan atau kontroversi berkenaan akan ditentukan oleh pengadilan di Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (“KLRCA”) menurut peratutan KLRCA.

10.    Tiada Penggunaan Tidak Menuruti Undang-undang atau Terlarang

Penggunaan berterusan laman web ini adalah bersyarat setelah anda mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan regulasi berkenaan penggunaan anda ke atas perkhidmatan kami dan sebarang aktiviti yang berkaitan. Tambahan, anda menjamin bahawa anda tidak akan menggunakan laman web ini untuk sebarang tujuan yang tidak menuruti undang-undang atau dilarang oleh undang-undang atau oleh terma, keadaan dan notis ini. Anda bersetuju:

  1. Tidak akan memuatkan, mengirim, e-mel atau penghantaran cara lain sebarang kandungan yang tidak menuruti undang-undang, berbahaya, mengancam, menghina, mengganggu, memfitnah, mengasar, bersifat lucah, mengeji, menceroboh keperibadian pihak lain, membenci atau bersifat perkauman, etnik atau yang tidak disenangi.
  2. Tidak memuatkan, mengirim, e-mel atau penghantaran cara lain sebarang material yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk mengganggu, menghapus atau mengehadkan keberfungsian sebarang perisian atau perkakas komputer atau kelengkapan telekomunikasi.
  3. Tidak mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain.
  4. Tidak mencampur tangan atau mengganggu perkhidmatan atau rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan, atau tidak menuruti sebarang syarat, prosedur, polisi atau regulasi rangakaian yang disambungkan kepada perkhidmatan.

 

11.    Penghantaran

Sebarang material, informasi atau idea anda hantar atau kirimkan ke laman web ini akan dianggap sebagai tidak sulit dan tidak dimiliki, dan mungkin akan disebar atau digunakan oleh Elken atau syarikat yang berkaitan dan bergabungan untuk sebarang tujuan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penghasilan semula, penghantaran, penerbitan, penyiaran, pengiriman, perkembangan, pengilangan dan pemasaran. Meskipun sebelum ini, semua data peribadi yang dibekalkan kepada Elken akan diuruskan secara selaras dengan Polisi Keperibadian Elken. Elken tidak bertanggungjawab terhadap respons ke atas mesej yang dikirimkan ke laman web ini.

12.    Keselamatan

Elken memahami bahawa keselamatan Internet adalah amat penting kepada anda dan semua langkah berhati-hati yang munasabah untuk melindungi transaksi yang anda jalankan menerusi laman web ini telah diperinci, agar anda mempunyai pengalaman yang selamat dan terlindung semasa mengakses laman web kami.