Polisi Keperibadian

1.    Tentang Polisi Keperibadian

Pelanggan, pelawat, pengguna, ahli, dan lain-lain yang menggunakan laman web ini atau laman web lain yang dimiliki atau dioperasikan oleh Elken Sdn Bhd (“Elken”)

adalah dikawal oleh Polisi Keperibadian ini.

Dengan menggunakan atau mengakses laman web ini, anda telah menerima pengamalan yang dihuraikan dalam Polisi Keperibadian.

Kami sedia maklum bahawa keperibadian anda adalah teramat penting kepada anda dan kebanyakan orang yang menggunakan Internet. Polisi Keperibadian kami dinyatakan di bawah dan kami mencadangkan agar anda membacanya dengan teliti. Polisi ini mungkin berubah dari masa ke masa dan semua perubahan akan diletakkan dalam laman web ini. Apabila diletakkan, ia akan menjadi berkesan dengan segera. Adalah tanggungjawab anda untuk memantau perubahan yang telah dimuatkan. 

Polisi ini memuatkan informasi yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, bagaimana untuk membetulkan atau mengubahnya dan bagaimana kami melindungi dan menyimpannya.

Kami mengumpul informasi peribadi dan kami menggunakan informasi berkenaan khususnya untuk membantu kami memahami keperluan anda agar kami dapat berkhidmat kepada anda dengan lebih baik

Jenis informasi peribadi yang kami kumpul daripada anda dan bagaimana kami menggunakannya akan bergantung pada bagaimana anda menggunakan laman web ini.

2.    Obligasi Pendaftaran

Anda harus membekalkan maklumat benar, tepat, terkini dan lengkap tentang diri anda seperti yang dikehendaki dalam borang pertanyaan.

3.    Informasi yang dikumpul secara terus daripada anda dan orang lain melalui laman ini

Kami mengumpul informasi yang anda hantarkan dengan tujuan yang berkaitan dengan proses laman web. Contoh informasi yang kami kumpul termasuk nama anda, alamat e-mel, nombor telefon, alamat dan bahasa pertuturan. Informasi ini dikumpul di beberapa tempat, contohnya: semasa anda menghantar suatu pertanyaan, melanggan untuk menerima berita terkini, menyertai poll atau pertandingan, atau berinteraksi dengan acara khas atau program.

Kami mengumpul informasi tentang anda dan apabila anda membekalkannya, kami juga mungkin mengumpul informasi orang yang anda kenali. Sebagai contoh, upline anda atau informasi tentang seseorang yang ingin ketahui lebih mendalam tentang produk kami atau seseorang yang anda ingin perkenalkan kepada syarikat.

Kami menggunakan informasi ini untuk tujuan:
Memberikan tanda keperibadian terhadap pengalaman online anda dengan kandungan dan tawaran yang dikhususkan kepada minat anda;
 
Membekalkan perkhidmatan pelanggan, sama ada yang bertindak balas terhadap suatu permintaan atau menyusuli suatu pertanyaan;

Merangkumkan anda dalam soal selidik dan pertandingan;

Membolehkan anda menghantar kandungan seperti imej, video atau acara;

Memudahkan rangkaian aktiviti sosial online yang berpusat pada produk dan perkhidmatan kami;

Membolehkan anda untuk berinteraksi dengan pembekal perkhidmatan kandungan pihak ketiga, sama ada bersambung pada laman mereka, melihat kandungan mereka dalam persekitaran laman web kami, atau dengan melihat kandungan kami dalam persekitaran laman web mereka; dan

Memasarkan produk dan perkhidmatan kami – contoh, dengan merangkumkan anda ke dalam senarai kiriman kami apabila anda melanggani kami

4.    Informasi yang Kami Perhati atau Kumpul melalui Teknologi

a. Informasi Navigasi
Apabila anda melawat laman web ini, kami mengumpul informasi navigasi, seperti jenis pelayar, bahasa pelayar, jenis platform, jumlah klik, nama domain, muka surat yang dilihat, masa yang diluangkan untuk satu-satu muka surat, tarikh dan masa permintaan anda, identifikasi pembekal-perkhidmatan, alamat IP, laman yang anda berasal, dan laman yang anda navigasi. Informasi navigasi adalah tidak diketahui secara lazim, yakni ia tidak mengandungi nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel atau informasi lain anda yang secara langsung mengenalpasti anda. Bagaimanapun, kami mungkin akan mengaitkan informasi navigasi ini dengan informasi peribadi anda jika anda membekalkannya.

Kami mungkin akan menggunakan teknik lain untuk mengesan corak penggunaan online anda yang ketidaknamaan (contoh: dalam cara yang tidak mengenalpasti peribadi) pada laman web atau pada e-mel yang kami hantar kepada anda.

Anda menghantarkan informasi anda (seperti yang didefinisikan dalam Terma Penggunaan) pada laman atas risiko anda sendiri.

Walaupun kami membenarkan anda menetapkan pilihan keperibadian yang mengehadkan pengaksesan ke muka surat anda, sila berjaga-jaga bahawa tiada sukatan keselamatan yang sempurna atau tidak dapat ditembusi.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap pemintasan sebarang penetapan keperibadian atau sukatan keselamatan yang terkandung dalam laman.
Anda memahami dan mengakui bahawa, walau selepas pengeluaran, salinan informasi mungkin kekal dilihat dalam muka surat simpanan dan arkib.

b. Cookie dan Clear gifs

Untuk lebih memahami kelakuan anda semasa melayari laman web kami, kami menggunakan satu ciri pelayaran yang dikenali sebagai cookie. Cookie ialah satu fail data yang kecil yang disimpan oleh pelayar laman anda pada komputer anda. Ia berfungsi untuk melihat bagaimana anda menavigasi laman web kami, dan mengingati anda apabila anda kembali. Ini membantu kami menaiktarafkan laman kami, membekalkan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, memberikan tanda keperibadian terhadap pengalaman online anda, dan mewujudkan tawaran bersifat peribadi kepada anda berdasarkan citarasa unik anda sendiri dan sejarah pelayaran.
Kami juga menggunakan clear-gif (juga dikenali sebagai Web Beacon atau Web Bug) pada laman web dan e-mel kami.

Clear gif merupakan satu imej grafik yang bersaiz piksel yang hampir tidak kelihatan pada muka surat web, dokumen berasaskan web atau mesej e-mel. Ia membantu kami melakukan perkara seperti melihat URL muka surat yang mana clear gif muncul dan masa laman web kami atau soalan e-mel dilihat. Clear gif dalam e-mel membantu kami mengesahkan penerimaan, dan bertindak balas terhadap e-mel kami, termasuk yang anda kedepankan kepada kawan-kawan dan keluarga; dan ia membantu memberikan tanda keperibadian terhadap pengalaman online anda. Keseluruhan, teknologi-teknologi ini mungkin akan digunakan untuk membantu kami melihat pengalaman interaktif manakah yang paling disukai oleh pengguna online kami – sebagai contoh, dengan mengesan jumlah masa sesuatu video atau media lain diakses atau dipacak pada laman rangkaian sosial; dan di laman rangkaian sosial manakah ia dipacak, berdasarkan pertanyaan yang dihantar ke laman web kami. Cookie dan clear gif juga membenarkan kami mengaitkan informasi navigasi atau transaksi online anda dengan sebarang informasi peribadi yang anda bekalkan (seperti nama, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel). Kami hanya mengaitkan informasi untuk tujuan kami: demi membekalkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda; demi meningkatkan perniagaan kami; demi menjalankan perniagaan; dan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan kami melalui pelbagai media seperti e-mel, pengiklanan mobil, dan mel langsung. Sebagai contoh, kami juga boleh menggunakan teknologi ini untuk menentukan sama ada anda akan berminat dalam mengambil bahagian dalam acara khas, memberikan anda keutamaan. Keputusan akhirnya adalah satu pengalaman yang lebih peribadi yang menurut keperluan dan citarasa anda.
Bagaimana kami menggunakan informasi ini:
Pembekal perkhidmatan pihak ketiga membantu kami menganalisis laman dan kegemaran pelawat kami, dan mungkin membantu kami menghantar iklan kepada anda tentang produk kami melalui iklan panji apabila anda melawat laman web yang lain (sering dirujuk sebagai “pengiklanan rangkaian online”). Yang berikut membekalkan informasi lanjut tentang pembekal perkhidmatan ini dan pilihan anda yang berkaitan dengan perkhidmatan mereka.
a.    Analisis
Kami mengupah syarikat analitik untuk lebih memahami penggunaan anda terhadap laman web kami, dan keupayaan web seperti widget yang dipacak. Mereka menjalankan tugas dengan menggunakan sesetengah atau keseluruhan teknologi yang dihuraikan dalam Informasi yang Kami Perhati atau Kumpul melalui Teknologi

b.    Pengiklanan
Kami mungkin mengupah syarikat pengiklanan pihak ketiga yang, sebagai balasan, mengumpul informasi yang tidak dikenalpasti pemillik dengan meletakkan cookie pada pelayar anda apabila anda melawat laman kami. Syarikat-syarikat ini mungkin menggunakan informasi (tidak termasuk nama, alamat, alamat e-mel, atau nombor telefon anda) tentang lawatan anda untuk membawakan iklan kami kepada anda dan laman web yang lain melalui rangkaian pengiklanan online mereka. Syarikat-syarikat ini juga membekalkan informasi ini kepada kami, di mana kami kemudian menggunakannya untuk menyukat keberkesanan iklan kami.

5.    Berkongsi informasi peribadi anda dengan pihak ketiga

Kecuali yang dinyatakan atau dikehendaki oleh undang-undang atau melainkan adalah perlu untuk tujuan mempersembahkan perkhidmatan berkaitan dengan penggunaan anda terhadap laman web ini, kami tidak akan berkongsi informasi peribadi anda dengan pihak ketiga untuk penggunaan pemasaran atau komersial mereka tanpa persetujuan anda atau kecuali sebagai sebahagian daripada satu program atau ciri khusus.
Apabila diperlukan, informasi peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada ejen, pengedar atau kontraktor Elken supaya memberikan perkhidmatan kepada anda. Mereka akan dilarang daripada menggunakan informasi ini dalam sebarang cara selain untuk membekalkan perkhidmatan yang dikontrakkan oleh Elken.
Kami mungkin akan membekalkan informasi peribadi yang boleh dikenal pasti dan yang sebaliknya kepada subsidiari dan syarikat gabungan kami, atau perniagaan atau perorangan yang lain atas tujuan memproses informasi berkenaan bagi pihak kami. Perkongsian informasi berkenaan membolehkan kami dan subsidiari atau syarikat gabungan kami untuk lebih memahami cara di mana tawaran pelbagai produk dan perkhidmatan kami dapat membantu anda.
Kami meminta pihak ini bersetuju untuk memproses informasi berkenaan selaras dengan Polisi Keperibadian kami, dan kami menggunakan usaha munasabah untuk mengehadkan penggunaan mereka ke atas informasi berkenaan dan menggunakan sukatan kesulitan dan keselamatan yang lain yang bersesuaian.

Kami mungkin akan menggunakan pihak ketiga untuk memudahkan perniagaan kami, seperti menjadi tuan rumah kepada laman web, menghantarkan e-mel terkini tentang laman web ini, untuk mengeluarkan informasi berulangan daripada senarai pengguna kami, untuk memproses bayaran untuk produk atau perkhidmatan, atau untuk membekalkan keputusan carian atau sambungan (termasuk sambungan yang ditaja).

Berhubungan dengan tawaran dan operasi perniagaan ini, pembekal perkhidmatan kami mungkin telah mengakses informasi peribadi anda untuk suatu tempoh yang terhad, yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

Di mana kami menggunakan pihak ketiga untuk memproses sebarang informasi peribadi, kami melaksanakan perlindungan rasmi dan teknikal yang munasabah untuk mengehadkan penggunaan informasi berkenaan kepada tujuan spesifik sahaja.

6.    Penggunaan Cookie

Laman web ini menggunakan kedua-dua cookie seksyen dan cookie berterusan. Cookie ialah satu fail teks yang kecil yang disimpan pada komputer pengguna untuk tujuan menyimpan rekod. Cookie berterusan kekal berfungsi selepas anda tamatkan pelayar anda. Cookie berterusan mungkin digunakan oleh pelayar anda pada lawatan seterusnya ke laman. Cookie berterusan boleh dikeluarkan dengan mengikuti arahan fail bantuan pelayar web anda. Cookie seksyen adalah sementara dan hilang selepas anda menutup pelayar anda. Cookie tidak boleh digunakan untuk membaca data daripada peranti anda, dan tidak dapat memperoleh semula informasi daripada cookie lain yang dicipta oleh laman web yang lain.

Anda boleh set semula pelayar web anda untuk menidakkan semua cookie atau untuk menandakan bila suatu cookie telah dihantar. Bagaimanapun, sesetengah ciri laman mungkin tidak berfungsi dengan sempurna jika keupayaan untuk menerima cookie telah dijadikan tidak berkeupayaan. Kami menggalakkan anda untuk menerima cookie supaya dapat menikmati kegunaan penuh laman web. Kami menggunakan cookie untuk membantu kami memahami bagaimana pengguna menggunakan laman kami, dan untuk membantu kami mempertingkatkan laman kami. Ia juga untuk memastikan bahawa anda menerima berita terkini yang direka khas dan kandungan muka surat web berdasarkan jenis pelayar dan informasi profil pengguna.

7.    Sambungan

Laman web ini mungkin mengandungi sambungan kepada laman web yang lain seperti laporan media. Kami tidak bertanggungjawab terhadap pengamalan keperibadian laman web yang lain. Kami menggalakkan pengguna kami agar berhati-hati semasa mereka meninggalkan laman kami supaya membaca penyata keperibadian setiap laman web yang mengandungi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.

Polisi Keperibadian kami hanya tertakluk kepada maklumat yang terdapat dalam laman web ini.

8.    Nota khas untuk Pengguna Antarabangsa

Kami telah berusaha untuk melindungi informasi peribadi semua ahli dan pengguna lain laman web ini, malah kami cuba mematuhi undang-undang perlindungan data dan hak pengguna tempatan. Jika anda tidak pasti sama ada Polisi Keperibadian ini bercanggahan dengan peraturan tempatan di mana anda berada, anda tidak harus memberikan informasi peribadi anda ke laman web.


Laman web ini, Polisi Keperibadian dan Terma Perkhidmatan kami adalah dikawal oleh undang-undang Malaysia. Jika anda ialah seorang pengguna yang mengakses laman web ini dari Amerika Syarikat, negara Eropah, Asia atau negara lain yang mempunyai undang-undang dan regulasi tentang pengumpulan data peribadi, penggunaan, dan pendedahan yang berbeza daripada undang-undang Malaysia, adalah dinasihatkan bahawa melalui penggunaan berterusan anda terhadap laman web ini, anda sedang menghantar informasi peribadi anda ke dan/atau menyimpan informasi di Malaysia dan bahawa anda telah bersetuju dengan penghantaran tersebut.

9.    Langkah-langkah yang diambil untuk melindungi informasi peribadi anda/komitmen kami terhadap keselamatan data

Kami mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk melindungi informasi yang kami terima, begitu juga dengan informasi yang dikumpul daripada pengguna lain dalam laman web. Kami menggunakan sukatan munasabah untuk melindungi informasi peribadi anda yang disimpan dalam server kami dan dalam lingkungan dasar data kami dan menggunakan proses yang munasabah untuk melindungi daripada pengaksesan tidak berautoriti kepada informasi peribadi anda.

Akses kepada informasi anda adalah terhad kepada pekerja yang perlu menjalankan fungsi kerja mereka, seperti personel perkhidmatan pelanggan dan staf teknikal.

Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin bahawa informasi anda mungkin tidak akan diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan oleh sebarang penjaga keselamatan fizikal, teknikal atau pengurusan kami. Kemasukan atau penggunaan tidak berautoriti, kegagalan peranti atau perisian, dan faktor-faktor lain mungkin mengkompromikan keselamatan informasi peribadi anda sebarang masa. Jikalau kami mengetahui suatu rekahan sistem keselamatan, kami akan cuba untuk memberitahu anda secara elektronik agar anda boleh mengambil langkah perlindungan yang sesuai. Kami mungkin akan mengirimkan satu notis pada laman jika wujudnya suatu rekahan keselamatan.

10.    Perubahan dalam Polisi Keperibadian Kami

Elken berhak menyemak, meminda atau mengubah Polisi ini pada sebarang masa dan sebarang cara. Notis ke atas penyemakan, pindaan atau pengubahan akan dimasukkan ke dalam laman web dan penyemakan utama akan dikirimkan kepada anda. Anda berhak mengekalkan atau mengeluarkan sebarang atau sebahagian daripada maklumat anda yang dipengaruhi oleh penyemakan ini. Penggunaan berterusan anda menandakan persetujuan terhadap perubahan berkenaan.

11.    Soalan atau Komen

Pengguna yang mempunyai persoalan tentang Polisi Keperibadian ini dan sebarang penyata yang dinyatakan di atas boleh menghubungi kami di webmaster@elken.com.my atau kirimkan persoalan kepada Webmaster di Elken Sdn Bhd, 20, Bangunan Elken, Jalan 1/137C, Batu 5, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Malaysia.

PENGGUNAAN LAMAN INI MENANDAKAN PERSETUJUAN ANDA KE ATAS POLISI KEPERIBADIAN

Penyataan Keperibadian ini adalah sah (tarikh terkini).