

Kualiti air minuman mempunyai kesan langsung terhadap kesejahteraan kita memandangkan 70% daripada kandungan badan kita ialah H2O. Air memainkan peranan yang sangat penting terhadap hampir keseluruhan fungsi badan, khususnya dalam:
Adakah kami sedang minum air yang tercemar tanpa disedari? Air yang tercemar tidak semestinya kelihatan keruh. Hakikatnya, banyak bahan cemar terdapat dalam air yang jernih.
Osmosis Songsang (RO) ialah satu teknologi rawatan umum yang menghasilkan air berkualiti tinggi. Tekanan memaksa air ke arah membran separa-telap untuk menulenkan air pada tahap molekular. RO biasanya mengandungi satu penapis mendapan dan satu penapis karbon teraktif, yang menyingkirkan klorin dan mengurangkan kompaun organik mudah meluap (VOC).
RO adalah berkesan terhadap hampir semua bahan cemar kesihatan dan estetik. Menurut satu laporan kajian terkini oleh Associated Press, RO merupakan satu teknologi yang menyingkirkan hampir semua bahan cemar farmaseutikal, yang mana merupakan bahan cemar paling bahaya dan degil hari ini. Menghasilkan air yang teramat tulen menjadikan sistem ini digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman. Membran R.O. berbeza dari segi kualiti. Penggunaan pam dalam sistem R.O. boleh meningkatkan tekanan air, yakni membantu sistem tersebut mencapai keberkesanan maksimum. Rongga pada satu sistem/membran RO yang baik adalah sekecil 0.0001 mikron.
Osmosis Songsang menyingkirkan:
Mendidihkan air sekurang-kurangnya 10 minit adalah satu metode berkesan untuk membunuh kebanyakan jenis organisma penyebab penyakit yang sering menyebabkan cirit-birit, keletihan, kekejangan dan loya. Walaupun mereka tidak dapat disingkirkan daripada air minuman anda, namun ia tetap membunuh mereka dan memastikan mereka tidak membawakan penyakit.
Bagaimanapun, mendidihkan air tidak menulenkan air kerana ia tidak membekalkan sebarang penjagaan terhadap bahan cemar yang memasuki bekalan air kita, seperti logam berat, racun serangga atau plumbum daripada sistem paip anda. Mendidihkan air juga tidak berkesan terhadap kekeruhan, rasa dan bau yang busuk.
Air Mendidih Membunuh:
Melainkan digunakan bersama metode rawatan air yang lain, air mendidih tidak membunuh/menyingkirkan:
Karbon Teraktif boleh didapati dalam bentuk berbutir atau blok pepejal. Juga dikenali sebagai GAC, bentuk karbon ini telah diproses untuk menjadikannya teramat poros dengan satu kawasan permukaan yang sangat besar untuk ‘mengumpul’ molekul organik pada permukaannya. Disebabkan darjah keporosan-mikro yang tinggi, hanya satu gram karbon teraktif yang berkualiti boleh mempunyai kawasan permukaan lebih kurang 2 gelanggang tenis.
Ia merupakan satu teknologi yang murah dan berkembang baik untuk mengurangkan banyak bahan cemar estetik, dan ia amat efektif dalam mengurangkan sesetengah bahan cemar kesihatan, contohnya kompaun organik mudah meruap seperti benzena dan bahan cemar berasaskan petroleum yang lain. Bagaimanapun, ia tidak berfungsi terhadap alkohol, asid kuat, logam dan kebanyakan material bukan organik seperti besi dan plumbum.
Karbon Teraktif menyingkirkan:
Ia tidak menyingkirkan:
Sinar UV boleh mengganggu DNA organisma mikro seperti bakteria dan virus, yakni melemahkan mereka. Maka mereka tidak dapat membiak.
Salah satu kelemahan UV ialah jika debu atau filem membaluti mentol UV atau jika organisma mikro ‘bersembunyi’ di belakang bahan cemar yang lebih besar, sinar UV yang bergerak lurus akan dihalang, menjejaskan keberkesanannya. UV juga tidak berkesan terhadap bahan cemar bukan biologi seperti plumbum, arsenik, sisa kimia dan ubatan farmaseutikal. Itulah sebab mengapa ia harus digabungkan dengan penapis jenis lain, seperti penapis mendapan dan penapis karbon. Sistem UV memerlukan penyenggaraan yang berhati-hati.
Sinar Ultraungu adalah efektif terhadap:
Melainkan digunakan bersama metode rawatan air yang lain, sistem sinar UV adalah tidak efektif terhadap:
Satu penjana ozon mengubah sesetengah oksigen yang terdapat dalam udara kepada O3, atau ozon. Buih tepu-ozon dapat bercampur dengan air dan satu atom oksigen yang lemah dalam setiap molekul O3 terlekat pada molekul organik dalam air dan mengoksidakannya dalam satu cara yang serupa dengan pengklorinan.
Ozon adalah berkesan dalam merawat patogen seperti bakteria coliform dan legionella, tapi ia tidak berkesan terhadap sista bercengkerang-keras seperti Cryptosporidium atau Giardia lamblia tanpa menggunakan masa hubungan dan konsentrasi yang tinggi. Memandangkan ozon biasanya berkesan terhadap bahan cemar biologi, ia harus sentiasa bergabung dengan satu sistem penapisan yang berasaskan karbon, berasaskan pasir atau berasaskan media yang lain untuk menyingkirkan jenis bahan cemar yang lain.
Ozon menyingkirkan:
Melainkan digunakan bersama metode rawatan air yang lain, sistem ozon adalah tidak efektif terhadap:
Penyulingan menghasilkan air rawatan yang berkualiti tinggi dengan memanaskan air sehingga ia bertukar menjadi stim. Stim berkenaan melalui satu lingkaran penyejatan, di mana ia disejukkan dan disejatkan semula kepada bentuk cecair. Air yang tersejat pada seksyen kedua biasanya bebas daripada bahan cemar.
Penyulingan membekalkan keberkesanan berdarjah tinggi terhadap suatu lingkungan luas bahan cemar kesihatan tetapi ia tidak berkesan terhadap VOC seperti benzena dan radon, yang memberikan wap berbahaya yang dapat bergerak melalui sistem dengan stim. Memerlukan tenaga tinggi, masa penghasilan yang agak panjang dan perlu menggunakan bahan kimia kuat untuk membersihkan lingkaran pemanasan mungkin merupakan faktor-faktor yang kurang menggalakkan penggunaannya.
Penyulingan menyingkirkan:
Ia tidak menyingkirkan:
Penapisan menyingkirkan bahan cemar secara fizikal, namun keberkesanannya bergantung pada saiz mikron penapis.
a) Metode: Penapisan Partikel (dari 1 ke 100 mikron)
Penapisan Jenis-Katrij digunakan untuk menyingkirkan mendapan melalui penggunaan satu material penapis:
b) Metode: Penapisan Mikro (dari 0.2 ke 5 mikron)
Penapisan Mikro menggunakan sejenis penapis untuk mencegah secara fizikal bahan cemar biologi seperti sista protozoa dan bakteria (tetapi tidak menyingkirkan virus) daripada melepasi. Karbon seramik dan blok pepejal biasanya digunakan untuk membekalkan penapisan mikro.
Penapis seramik boleh selalu dibersihkan dan digunakan semula untuk beberapa kali sebelum hilang keberkesanan manakala blok karbon biasanya perlu dibuangkan selepas setiap penggunaan. Bagaimanapun, blok karbon membekalkan rawatan tambahan untuk sesetengah bahan cemar berkaitan-kesihatan dan estetik (lihat seksyen karbon teraktif).
Sila melihat ‘Gambar rajah saiz bahan cemar’ untuk mengetahui bahan cemar apa penapis-penapis ini dapat singkirkan (bergantung pada saiz mikron).
Juga dikenali sebagai pengion air, mesin air mikro atau mesin air distruktur semula. Ia sebenarnya mesin elektrolisis. Semasa elektrolisis, air dibahagikan kepada alkali asid dengan mengeksploitkan caj elektrik ion kalsium dan magnesium yang hadir dalam hampir semua sumber air minuman.
Sesetengah pihak menuntut bahawa minum air beralkali akan membantu mengekalkan cecair badan pada pH optima, yakni membekalkan banyak manfaat kesihatan. Namun, ini tidak dibuktikan secara saintifik. Sebenarnya, dikatakan bahawa pH air minuman hampir tidak ada kesan pada pH cecair badan memandangkan ia akan dineutralkan oleh cecair gastrik dalam perut yang mempunyai pH asid yang tinggi. Air alkali yang dapat mempengaruhi pH gastrik tidak boleh diminum dan mungkin akan mengganggu pencernaan.
Satu sistem Ion-Alkali tidak dapat menyingkirkan sebarang bahan cemar. Penyingkiran bahan cemar bergantung pada kualiti pra-penapisnya.
Ia tidak menyingkirkan:
A sediment filter screens and sieves particles out from water. Smaller units of sediment filters are attached directly to the water tap while bigger units are tanks that are connected to the water supply entry point of a home.
Distillation produces high quality, treated water by heating the water until it turns to steam. The steam travels through a condensation coil, where it is cooled and condensed back into liquid form. The condensed water in the second section is usually substantially free of contaminants.
Distillation provides a high degree of effectiveness against a broad range of health contaminants but ineffective against contaminants such as benzene and radon, which give off harmful vapors that can move through the system with the steam. The high energy requirements and relatively long production time and the need to use strong chemicals to clean the heating coils may be discouraging factors.
Water is forced through a porous medium like a screen or a chunk of carbon. These strainers use mesh with particular hole sizes. The size of the hole determines the strainer’s porosity, which is usually specified in terms of microns.
Cation Exchange does not remove: