Satu lagi aspek unik Elken ialah kepercayaan atas kuasa pengetahuan. Lebih daripada 2,000 acara latihan pendaftaran-ISO berasaskan Sistem Pendidikan Elken yang terbukti berkesan telah diadakan setiap tahun untuk menjana pengetahuan, kemahiran dan semangat keusahawanan para pengedar dan seterusnya menyebarkan pengetahuan tersebut kepada orang ramai.

Pencapaian Elken yang menakjubkan telah menjadikannya pemimpin dalam industri. Pada 1998, ia menjadi syarikat jualan langsung yang pertama di Malaysia yang memperoleh Pensijilan ISO dan pada 2006, ia telah dianugerahi Pilihan Pengguna Jenama Hebat di Malaysia. Pencapaian yang lain termasuk anugerah "Syarikat Pembangunan Manusia Terbaik" yang dianjurkan oleh The Edge dan Deloitte KassimChan; Anugerah Cemerlang Usahawan-e Malaysia; serta Anugerah Juara Kebangsaan 5S.

Dari aspek perkhidmatan yang menakjubkan, Elken telah mendirikan 7 cawangan di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. Syarikat ini juga telah mengubah suai dan mengembangkan kemudahannya dengan merasmikan Pusat Konvensyen Elken sendiri yang merangkumi satu dewan latihan pelbagai-tujuan yang boleh menempati 1000-orang, satu tingkat tambahan yang disediakan untuk pameran dan karnival berskala besar. Dewan pameran baru (yang dinamakan Dewan Platinum) telah dirasmikan pada Mei 2009, bersama Ekspo Pendidikan Air yang pertama di Malaysia. Di Elken, semua ahli Elken menerima sokongan tambahan dan menikmati kemudahan kelas-dunia seperti galeri kecantikan, ruang menunggu, kemudahan latihan pelbagai-tujuan dan EK One, sebuah kedai membeli-belah di samping 100 pusat stokis di seluruh Malaysia, membenarkan perkongsian kepakaran, pembelajaran bersama dan pemindahan kemahiran.

seterusnya>>

Jadilah seorang ahli

  • Kerja separuh masa ataupun sepenuh masa, pilihan anda!
  • Untuk maklumat lanjut, hubungi 1300-88-2211 atau klik “Hubungi Kami”
maklumat lanjut >>

Kisah Kejayaan Benar


Kesemua 9 adik-beradik melanjutkan pelajaran di Universiti. Dengan gaji Emak hanya RM20 sebulan. Lihat bagaimana.
maklumat lanjut >>