- Kerja separuh masa ataupun sepenuh masa, pilihan anda!
- Untuk maklumat lanjut, hubungi 1300-88-2211 atau klik “Hubungi Kami”
Sebagai salah sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri jualan langsung di Malaysia, Elken telah menjadi satu contoh kejayaan tempatan yang menakjubkan. Ia juga telah mengembangkan perniagaannya dengan kukuh di enam buah negara di kawasan Asia Pasifik, iaitu Hong Kong, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Sejak penubuhannya pada 1995, visi Elken sentiasa demi memperkayakan kehidupan. Ia tidak teragak-agak untuk menghidupkan falsafahnya dalam “Elken jayakan anda. Untuk jayakan bangsa.” dengan membimbing orang dan membina pelbagai aspek kehidupan mereka, termasuk kesihatan, perkembangan peribadi, keyakinan, kesejahteraan kewangan, kerjaya dan keluarga. Dan banyak ahli Elken, dalam balasan, telah terus membina orang lain, yakni menyentuh kehidupan ramai melalui cara yang bermakna.
Hari ini, kejayaan Elken bergantung pada konsep kesihatan dan kecantikan holistiknya yang unggul. Terapi Pembentukan Semula Molekular Elken (MRT) menekankan 4 elemen kehidupan yang kritikal demi mencapai kesihatan optima: nutrisi seimbang, pengambilan oksigen mencukupi, detoksifikasi dan pengawalaturan kesihatan. Manakala Konsep Kecantikan Menyeluruh Elken fokus pada cara bagaimana menyerlahkan kecantikan terbaik seseorang, dari kepala hingga kaki, dari dalam ke luar.